Tamat Tempoh Edah, Sharifah Sakinah Sudah Jumpa Pengganti

17 Sep 2020 • 6:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Selepas berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha pada Mei lalu pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia kini sudah bertemu dengan pengganti .

Menerusi laporan Astro Gempak, Sakinah berkata dia mula berkenalan dengan pemuda tersebut yang bukan berbangsa melayu di sebuah pusat senaman selepas selesai tempoh edah.

“Sekarang gembira..Saya seorang transparent.. Kalau betul mengaku jelah. Yelah..”

image is not available

Sama hari jadi, 10 tahun lebih tua

Difahamkan jejak mat salleh berkenaan 10 tahun lebih tua dan mempunyai hari jadi yang sama seperti Sakinah.

“Satu hari jadi yang sama, 10 tahun beza umur (jejaka tersebut lebih tua daripada Sakinah). Selepas habis edah kami berkenalan di pusat senaman

“Rezeki.. Baik pulak tu,” kata Sakinah kepada Gempak sewaktu ditemui Gempak di acara Grand Finale Wholly Fitz di DoubleTree, Hilton, Kuala Lumpur pada Selasa malam lalu

Turut hadir bersama Sakinah

Pemuda Mat Salleh tersebut hadir bersama menemani Sakinah di majlis tersebut.

Terdahulu Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjelaskan dia tidak bercadang untuk merujuk kembali dengan bekas suami demi memberi fokus kepada diri dan anak tunggalnya sahaja.