Teka-teki peminat tegar PS5 berakhir, edisi digital mampu milik!

Gaming
17 Sep 2020 • 4:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BERITA baik buat penggemar dan peminat tegar permainan video PlayStation. Setelah berbulan-bulan berteka-teki, akhirnya Sony Corp memaklumkan konsol permainan terbaharunya PlayStation 5 (PS5) yang amat dinanti-nantikan akan mula dijual bermula 12 November ini di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan BNN Bloomberg, konsol itu akan dijual dengan harga AS$500 (kira-kira RM2,060), sepadan dengan harga Xbox Series X Microsoft Corp yang juga akan dijual tidak lama lagi.

Sony juga akan mengeluarkan edisi digital PS5 dengan harga AS$400 (kira-kira RM1,650), kata syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu pada sidang media maya pada Rabu.

Menurutnya, versi tersebut tidak mempunyai pemacu cakera dan memerlukan pelanggan membeli dan memuat turun permainan secara digital.

image is not available

Sony juga mengumumkan bahawa Final Fantasy XVI, entri seterusnya dalam siri permainan role-playing yang popular akan menjadi konsol eksklusif untuk PlayStation.

Permainan lain yang ada untuk PlayStation 5 termasuk Hogwarts Legacy berdasarkan francais Harry Potter dan Spider-Man: Miles Morales yang akan dilancarkan pada waktu sama dengan pelancaran konsol tersebut.

Bukan itu sahaja, Sony turut memberi gambaran kepada peminat dengan lebih banyak judul permainan baharu yang akan hadir bersama konsol versi elegan campuran warna hitam dan putih itu.

Antara judul permainan bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.

Sama-sama kita nantikan!

 

The post Teka-teki peminat tegar PS5 berakhir, edisi digital mampu milik! appeared first on Sinar Plus.