Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah

26 Sep 2020 • 5:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BEKAS suami Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin, 42, telah selamat bernikah semula semalam dengan gadis pilihannya.

Fairuz orang Ipoh memilih seorang usahawan dari Kuala Terengganu, Suhaila Adnan, 43, sebagai suri hatinya.

“Kami jumpa dua kali dan terus saya ajak nikah. Alhamdulilah dia terima. Kiranya kami akan bercinta selepas bernikah.

“Doakan kami kekal sehingga ke jannah,” ujar Fairuz kepada SinarPlus.

Artikel berkaitan: Yana Samsudin bakal sambut orang baharu bulan depan

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Datuk Seri Vida, Fairuz mengatakan mereka tidak lagi berhubungan selepas bercerai.

Fairuz kini menceburi bisnes takaful.

Semoga Fairuz dan isterinya yang telah lapan tahun berstatus ibu tunggal dengan tiga anak itu kekal bahagia hingga akhirnya.

Sebelum ini, Fairuz pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Vida pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017 lalu.

The post Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved