Amazfit Neo Kini Rasmi Di Malaysia – Jam Retro Pintar RM149

TechnologyDigital
28 Sep 2020 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit baru-baru ini ada melancarkan sepasang jam tangan retro pintar. Ia adalah penjejak kesihatan dalam bentuk jam tangan retro seakan Casio siri Vintage. Produk ini diberi nama Amazfit Neo. Ia memuatkan pelbagai ciri dan fungsi seakan penjejak kesihatan Amazfit, seperti yang dilihat pada Amazfit T-Rex, Amazfit Bip dan banyak lagi.

image is not available

Produk ini kini rasmi dijual di Malaysia pada harga RM149. Sempena hari pelancaran, Amazfit Neo ini ditawarkan pada harga RM139 sahaja untuk 300 pembeli terawal. Bagi yang berminat, anda boleh beli produk ini melalui Shopee: Amazfit Malaysia Official Store bermula 2/10 ini.

image is not available

Ia menggunakan skrin 1.2-inci STN LCD Always-On Display, yang mana boleh dilihat dengan jelas di bawah cahaya matahari dan turut berfungsi seakan jam klasik biasa. Tiga mod sukan terbina, iaitu berlari, berjalan dan berbasikal serta mempunyai perlindungan kalis air 50 meter. Amazfit Neo turut menyertakan sokongan pengimbas nadi sentiasa aktif 24 jam yang mengimbas setiap 30 minit, pemantauan tidur SomnusCare dan juga penilaian PAI seperti produk Amazfit yang lain.

image is not available

Bateri hanya 160mAh tetapi ia boleh bertahan selama 4 minggu dalam satu pengecasan. Dengan penggunaan mod jam biasa, ia boleh bertahan selama 37 hari. Amazfit Neo juga adalah salah satu produk ekosistem Zepp yang menyokong iOS dan Android.