Hasil Kerja Keras, Wany Hasrita Berjaya Capai Azam 2019 Beli Rumah Sendiri

Home & Living
21 Sep 2020 • 6:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nampaknya impian penyanyi Wany Hasrita untuk memiliki sebuah kediaman sendiri yang juga azamnya pada tahun lalu sudahpun menjadi kenyataan selepas dia menerima kunci rumah barunyaitu baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan Wany menerusi satu posting di laman Instagramnya.

“Betullah kata itu doa”

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah.

Jelas Wany lagi, meskipun ianya tertangguh hampir setahun dia tetap bersyukur kerana apa yang diimpikannya kini menjadi kenyataan malah yakin semuanya berbesab

“Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan.

Menerusi entri tersebut dia turut berkongsi sedutan video lama sewaktu dia ditemuramah dalam satu program mengenai azamnya iaitu ingin membeli baru pada tahun 2019.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan. ❤️ . Stay tuned for my house tour video on my youtube channel. . Special thanks to @mv4r suka buat org emotional. 🤧

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Dia juga memaklumkan ada memuat naik video tour rumahnya baru ini di saluran Youtube miliknya .

Berkat doa ibunya

Menerusi video penuh yang dikongsikan di Youtube Wany turut menjelaskan semua kejayaan yang berjaya digapainya adalah berkat doa dari ibunya.

Yang menariknya Wany turut berkongsi kejayaannya meraih ‘Silver Plate’ dari Youtube diatas kjayaannya meraih 100 ribu pengikut di Youtube

Saksikan video penuh di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved