Xiaomi NFC Touch Sticker 2 Dilancarkan Di China – Pelekat NFC Pelbagai Guna

TechnologyDigital
2 Sep 2020 • 7:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya Xiaomi kini sedang fokus kepada penggunaan NFC. Mungkin kerana kini sudah ada banyak peranti dengan NFC dan sudah ada banyak peranti berhubung mula dijual, penggunaan NFC ini dilihat semakin berguna. Beberapa tahun lepas, zaman Sony Experia – Sony turut menjual pelbagai aksesori NFC seperti rantai kunci dan juga pelekat.

image is not available

Terkini, Xiaomi telah hadir dengan Xiaomi NFC Touch Sticker 2 – iaitu pelekat NFC generasi kedua mereka. Generasi pertama mereka adalah pada tahun 2014, yang mana sudah enam tahun lamanya. Walaupun ramai tidak menggunakan fungsi ini, pada hemat saya ia adalah satu cara tambatan atau fungsi yang menarik. Buat masa ini Xiaomi hanya mengumpul dana bagi produk ini, ia dijual pada harga RMB19.9 iaitu sekitar RM12.

Untuk Xiaomi NFC Touch Sticker 2 ini, Xiaomi memfokuskan kepada peranti berhubung sahaja. Ia boleh ditetapkan melalui aplikasi Mijia, yang mana menyokong 2,200 peranti berhubung dan 89 produk berjenama seperti lampu pintar dari Philips. Menurut Xiaomi, pengguna hanya perlu sentuh peranti pada pelekat ini dan beberapa fungsi atau peranti berhubung akan terus aktif/hidup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved