Akshay Kumar Bakal Hasilkan Game Sendiri, FAU:G Gantikan PUBG Yang Diharamkan Di India

8 Sep 2020 • 9:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tidak sampai seminggu pengharaman permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di India, aktor Bollywood Akshay Kumar dikhabarkan bakal melancarkan satu permainan alternatif yang diberi nama Fearless and United: Guards (FAU:G) 

Perkongsian tersebut yang dilakukan Akshyay di laman Instagramnya jelas menarik perhatian ramai netizen dan gamers di India yang kecewa dengan pengharaman PUBG yang begitu popular di sana.

View this post on Instagram

Supporting PM @narendramodi’s Atma Nirbhar movement, proud to present a multiplayer action game, Fearless And United – Guards FAU-G. Besides entertainment, players will also learn about the sacrifices of our soldiers. 20% of the net revenue generated will be donated to #BharatKeVeer Trust #FAUG @vishygo #nCoreGames

A post shared by Akshay Kumar (@akshaykumar) on

Difahamkan Permainan tersebut yang merupakan kolaborasi Akshay dan sebuah syarikat pembangun permainan disana iaitu nCore Games dijangka akan mula memasuki pasaran di India pada penghujung bulan Oktober

Memetik Awani yang memetik Reuters,  Co-founder nCore Games, Vishal Gondal berkata, game tersebut akan menyemarakkan patriotisme di kalangan rakyat India dengan menjadikan kawasan di Lembah Galwan, Ladakh sebagai lapangan permainan mereka.

Malah sebagai tanda solidariti kepada anggota tentera di sana, 20 peratus daripada hasil jualan permainan tersebut akan disalurkan kepada pewaris mereka yang meninggal dunia ketika masih berkhidmat.

image is not available

Mengulas lanjut kolaborasinya bersama aktor Bollywood itu, Vishal juga optimis kelibat Akshay yang merupakan anak seorang pegawai tentera India umpama satu bonus kepada mereka .

Malah tambahnya, suami kepada aktres Twinkle Khanna itu juga adalah orang yang bertanggungjawab mecandang dan memilih nama game tersebut.

“Kemunculan Akshay Kumar yang juga anak kepada seorang pegawai tentera itu diyakini akan memberi nilai tambah dalam meningkatkan lagi keyakinan selain membantu konsep asas permainan dalam talian itu.

“Sebenarnya, nama permainan itu dicadangkan oleh Akshay Kumar sendiri,” katanya yang menjangkakan lebih 200 juta pengguna akan menggunakan permainan itu dalam setahun.

Sebagai rekod Lembah Galdwan, Ladakh sebelum ini menjadi perhatian seluruh dunia selepas askar dari India dan China terlibat dalam satu pertempuran tanpa senjata yang meragut puluhan nyawa askar mereka di perbatasan.

Susulan dari itu Majlis Keselamatan Negara India dengan persetujuan kepimpinan tertinggi India kemudiannya bertindak menyekat ratusan aplikasi telefon pintar yang dihasilkan China dikhuatiri mampu menggugat keselamatan negara mereka.

PUBG bagaimanapun terselamat pada peringkat awal memandangnya ia sebenanrya adalah sebuah aplikasi yang dihasilkan syarikat dari Korea Selatan namun atas faktor keselamatan mereka mengharamkan permainanan tersebut memandangkan Tencent syarikat dari China mememang lesen PUBG untuk permainan mobile.

Artikel berkaitan :

Ini Sebab Kenapa India Sekat Aplikasi China Seperti TikTok & Wechat, Namun Tidak PUBG

View Original Article