Pantai Kuala Langat ditutup… paras air laut paling tinggi dalam 20 tahun

8 Sep 2020 • 12:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

UNTUK makluman, aktiviti rekreasi sepanjang pantai di daerah Kuala Langat akan ditutup kepada umum pada 18 – 20 September, 15-20 Oktober dan 14-17 November 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya mengingatkan warga dan pelawat ke kawasan pantai di daerah Kuala Langat supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh yang telah dinyatakan.

“Segala jenis aktiviti sepanjang pantai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Buat pengetahuan semua, ketinggian paras air laut pada tarikh-tarikh yang disebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Awasilah mereka yang tersayang.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah di talian 03 – 31822565,” katanya.

image is not available

 

image is not available

Artikel berkaitan: Pantai Kuala Langat ditutup… paras air laut paling tinggi dalam 20 tahun

image is not available

The post Pantai Kuala Langat ditutup… paras air laut paling tinggi dalam 20 tahun appeared first on Sinar Plus.