Android 11 Dilancarkan – Ditawarkan Bermula Hari Ini Untuk Pixel, OnePlus, Xiaomi, Oppo Dan Realme

TechnologyDigital
9 Sep 2020 • 1:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini telah mengumumkan pelancaran Android 11 secara rasminya – sekaligus membawa sejumlah ciri-ciri baru yang menarik untuk sistem operasi mudah-alih popular berkenaan.

Melalui Android 11, ia memfokuskan kepada kemudahan untuk menguruskan pelbagai perbualan, menguruskan peranti berhubung, mengawal privasi dan sebagainya.

Android 11 menyertakan ciri dinamakan “Bubbles” untuk memudahkan anda kekal berkomunikasi walau menggunakan sebarang aplikasi lain. Disamping itu, ia juga turut memberikan lebih kawalan untuk notifikasi dan sebagainya.

Android 11 mula diperkenalkan bermula hari ini untuk sejumlah peranti, termasuk Pixel, OnePlus, Xiaomi, Oppo dan Realme – serta sejumlah rakan kerjasama lain yang akan menawarkan kemaskini dalam bulan-bulan akan datang.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved