Spesifikasi Realme Watch S Pro Tertiris Di Arena Web

TechnologyDigital
9 Sep 2020 • 7:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Imbas kembali, Realme telah mengumumkan sejumlah produk baharu di acara IFA 2020 yang lepas dan salah satu daripadanya adalah Realme Watch S Pro. Ketika acara tersebut, Realme hanya memperlihatkan imej jam pintar ini secara kasar dan menyatakan bahawa ianya akan datang tidak lama lagi.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, peranti ini dikatakan baru sahaja memasuki senarai pengesahan FCC. Beberapa imej yang memaparkan rekaan serta manual pengguna juga dikatakan turut tertiris. Realme Watch S Pro dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel.

Ia juga dikhabarkan menyokong pelbagai fungsi kecergasan dan penjejak kesihatan terbina – termasuklah pemantauan kadar degupan jantung, pengesanan harian langkah, memantau kualiti tidur, pedometer untuk kiraan kalori, pemberitahuan panggilan, pengesanan mencari peranti dan kebolehan mengawal muzik serta aplikasi kamera pada telefon pintar. Ia juga dikatakan boleh mengesan pelbagai jenis aktiviti yang dilakukan oleh pengguna secara automatik. Selain itu, ia juga dilengkapi bateri sebesar 420mAh.

image is not available

Seperti biasa, kita boleh menganggap maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.