Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya

Health & Fitness
22 Sep 2020 • 3:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tidak dinafikan mempunyai jadual kerja yang padat sehingga memerlukan anda berkejaran dalam mengesar masa sememangnya meletihkan. Bukan sahaja anda malah kami juga kerap mengalaminya.

Namun bagaimana pula dengan situasi dimana anda masih terasa letih, lesu, penat dan sebagainya walhal anda pada hari itu langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti.

Mesti ramai tertanya-tanya bukan?

Perkara ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Ia kebiasannya berlaku disebabkan pilihan gaya hidup yang salah, dan juga masalah kesihatan lain seperti:

image is not available
Foto : MyHealthMyLife

Dalam hal ini, lebih baik untuk merujuk dengan pakar kesihatan anda untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk merangsang paras tenaga

Dari segi gaya hidup pula, terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang kepada keadaan ini antaranya waktu tidur yang kurang, pengambilan ubatan, diet yang tidak betul serta pengambilan kafein yang berlebihan

image is not available
Foto : MyHealthMyLife

Justeru untuk mengawalnya anda hanya perlu mengubah tabiat harian anda dan anda akan merasakan perubahannya.

Namun harus diingatkan menurut Public Health Malaysia, ianya juga boleh terjadi disebabkan kesakitan mental atau dalam bahasa lainnya Depression.

image is not available

Menerusi Era, secara ringkasnya kemurungan terjadi tanpa disedari oleh penghidapnya . Ia akan menyebabkan mereka sentiasa bersedih , keletihan dan ketiadaan tenaga, selain mudah marah dan hilang minat dalam melakukan aktiviti harian

Akibatnya, badan akan sentiasa terasa tidak bemaya, letih dan lesu sedangkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada hari tersebut

Sekiranya keadaan ini berterusan selama 2 minggu atau lebih, anda perlu segera melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan .