Bimbang transaksi dalam talian diceroboh, Mozilla VPN boleh bantu kawal privasi digital                

Technology
28 Sep 2020 • 9:54 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MOZILLA baru-baru ini melancarkan Mozilla Jaringan Peribadi Maya (Mozilla VPN) di Malaysia.

Selain Malaysia, Mozilla VPN didapati di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Singapura dan New Zealand.

Dalam satu kenyataan, Mozilla berkata, Mozilla VPN antara lain membantu para pengguna mengawal privasi digital mereka.

“Ia membuat enkripsi dan menambah selapis lagi perlindungan kepada data peribadi dan maklumat di dalam peranti.

image is not available

“Contohnya, ia meningkatkan (privasi) bagi transaksi dalam talian dengan menyembunyikan alamat IP dan lokasi pengguna. Perlindungan tambahan ini memastikan komunikasi dan panggilan video dapat dibuat dengan selamat,“ kata Mozilla dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dengan pembaharuan itu juga, pengguna akan memperoleh antara muka yang ringkas dan mudah.

Langganan Mozilla VPN boleh didapati pada harga hanya AS$4.99 (kira-kira RM21) sebulan.

Ia boleh memberi perlindungan sehingga lima buah peranti.

 

 

The post Bimbang transaksi dalam talian diceroboh, Mozilla VPN boleh bantu kawal privasi digital                 appeared first on Sinar Plus.