Fendy Bakry akui isteri penjawat awam, nafi rahsia percintaan

2 Sep 2020 • 6:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Fendy Bakry mengakui isterinya, Ayu Afnizar, 27, adalah seorang penjawat awam.

Bagaimanapun demi menghormati permintaan isterinya, dia enggan berkongsi secara terperinci profesian wanita itu.

Ujar Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, walaupun mereka berkenalan ketika wanita tersebut masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, isterinya itu bukan seorang guru.

“Ya, dia seorang penjawat awam. Cuma, isteri minta rahsiakan pekerjaannya, tapi bukan guru.

“Statusnya juga seorang bujang,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Ditanya keputusannya merahsiakan perhubungan cinta tersebut, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Mr. Grey itu berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan, hanya sekadar tidak mahu menghebahkan perkara yang belum pasti.

“Kami bukanlah merahsiakan. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu sama ada hubungan itu pasti atau tidak.

“Takut juga berlaku macam sesetengah orang apabila berkongsi sana sini, sekali tahu-tahu putus pula hubungan tersebut. Jadi, bila dah sampai masanya barulah kami kongsikan,” katanya.

View this post on Instagram

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..

image is not available
. Last minute punya persediaan wehimage is not availableimage is not available . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..image is not availableimage is not available Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Owh.. photo plak dari saudara @ohhfiras .. Brader nie sy duk bwh meja pn dia masuk bawah meja hahahahaha.. . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Terdahulu, Fendy turut berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya buat pertama kali di Instagram yang diadakan pada 30 Ogos lalu.

“Sungguh tidak disangka yang saya jadi suami orang.

“Dulu selalu cakap ‘ah nak bina empayar dululah baru kahwin’. Sebenarnya dalam kita sudah berumah tangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama.

“Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat.

“Apa pun terima kasih mendoakan saya. Teruskan sokong kerjaya saya sebagai anak seni. Kerjaya saya seiring dengan sokongan anda semua.

“Semangat anda saya tumpang untuk terus berkarya,” tulisnya.

 

The post Fendy Bakry akui isteri penjawat awam, nafi rahsia percintaan appeared first on Sinar Plus.