Cara buat kimchi mudah guna bahan apa ada di rumah

Cooking
17 Sep 2020 • 2:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ADAKAH anda penggemar makanan dari Korea seperti kimchi?

Kimchi disajikan sebagai lauk pauk, terdapat lebih daripada 300 jenis kimchi yang berbeza, bergantung pada ramuan sayuran utama yang digunakan dan kawasan atau musim di mana ia dibuat.

Kini banyak jenama kimchi siap makan di pasar raya, tetapi ianya mungkin mengandungi perisa tiruan dan bahan tambahan berbahaya, jadi, apa kata kita buat sendiri di rumah.

Macam mana nak buat? Senang je, tengok setiap gambar yang telah dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman ini.

image is not available

Bahan-bahannya:

  • Lobak merah 1 biji
  • Lobak putih 1 biji
  • Buah pear 1 biji
  • Udang kering 2 jemput
  • Daun bawang
  • Brown sugar 2 sudu besar
  • Tepung beras 2 sudu besar
  • Halia 2 sudu besar
  • Bawang putih 2 sudu besar
  • Bawang holand 1 biji
  • Fish sauce 3 sudu besar
  • Daun bawang
  • Kubis panjang
  • Cili serbuk agak-agak
  • Cili flakes
  • Garam

Cara-caranya:

1. Mula-mula cuci dulu kubis, selepas itu keringkan.

image is not available

image is not available

2. Masukkan garam celah-celah daun itu.. pastikan semua kena dengan garam dan rehatkan dia dalam 2 jam. Selepas itu kena cuci balik, jika tak dicuci akan jadi masin sangat.

Artikel berkaitan: Cara buat apam balik simple homemade sukatan cawan

3. Masukkan air dalam dua cawan, lepas tu campur tepung beras dan kacau sekejap.

image is not available

4. Masukkan brown sugar, kacau hingga sebati.

image is not available

5. Lepas itu, bolehlah kita campur semua bahan yang kat atas.

image is not available

6. Masukkan serbuk cili dan cili flakes. Kacau hingga sebati.

image is not available

7. Masukkan semua sayur tadi.

image is not available

8. Ambik kubis tadi letakkan cili paste kat celah-celah daun itu.

image is not available

9. Sudah siap, bolehlah masukkan dalam balang, letak di suhu bilik dahulu sehari. Apabila kelihatan berbuih sedikit, baru simpan dalam peti sejuk. Selepas dua hari baru boleh makan ya.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

image is not available

Sumber : Haerme Abd Rahman via MAHN

The post Cara buat kimchi mudah guna bahan apa ada di rumah appeared first on Sinar Plus.