Robert Pattinson positif Covid-19, penggambaran The Batman ditangguhkan

EntertainmentMovie
4 Sep 2020 • 7:55 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Robert Pattinson yang memegang peranan utama filem adiwira terbaharu ‘The Batman’ didapati positif Covid-19.

Menurut Vanity Fair, penerbitan filem itu terpaksa dihentikan hanya beberapa hari selepas filem berkenaan menyambung penggambaran di studio di luar London.

Warner Bros dalam satu kenyataan  mengesahkan perkara itu : “Anggota yang terbabit dengan penggambaran Batman terbukti positif Covid-19 dan kini dikuarantin sesuai dengan protokol ditetapkan. Penggambaran ditangguhkan buat sementara waktu.”

Biarpun tidak berkongsi maklumat mengenai individu terbabit, namun sumber mengatakan ia adalah bintang utama filem berkenaan.

Proses penggambaran terganggu sejak Mac kerana wabak Covid-19. Warner Bros menjangkakan filem itu dijadual ditayangkan pada Oktober 2021.

Diarahkan oleh Matt Reeves, filem ini dibintangi Pattinson yang memegang watak sebagai Bruce Wayne.

 

The post Robert Pattinson positif Covid-19, penggambaran The Batman ditangguhkan appeared first on Sinar Plus.