Akaun Twitter PM India digodam

WorldTechnology
3 Sep 2020 • 4:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PADA Julai lalu, puluhan individu berprofil tinggi termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), Barack Obama, Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan pakar teknologi, Elon Musk telah menjadi mangsa godam besar-besaran oleh golongan penipu dalam penghantaran bitcoin.

Hari ini, akaun Twitter Perdana Menteri India, Narendra Modi, pula digodam.

Ciapan di akaun Twitter Perdana Menteri itu bertulis meminta sumbangan amal menggunakan mata wang kripto, namun sudah dipadam.

Menurut laporan AFP, jurucakap Twitter telah mengesahkan perkara itu.

“Kami mengakui tentang aktiviti ini dan telah mengambil langkah sewajarnya menyelamatkan akaun yang terjejas itu. Kami sedang giat menyiasat situasi ini,” katanya.

Firma teknologi itu berkata, pihaknya tidak menyedari jika ada akaun lain yang turut terkesan daripada aktiviti berkenaan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] hati-hati ketika berkhemah! Ular sepanjang 1.2 meter masuk ke dalam mulut seorang gadis

image is not available

The post Akaun Twitter PM India digodam appeared first on Sinar Plus.