Samsung Akan Mengeluarkan Skrin UTG Sendiri Dengan Kerjasama Corning

TechnologyDigital
2 Sep 2020 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Fold2 dan Z Flip ialah dua peranti yang menggunakan kaca UTG bagi memberikan ketahanan kepada skrin boleh-lipat yang digunakan. Pada waktu ini kaca UTG ini dihasilkan oleh Samsung Display dengan kos yang agak tinggi. Tetapi menurut laporan ETNews, Samsung Electronic kini mengesahkan kerjasama dengan Corning untuk menghasilkan kaca UTG mereka sendiri.

image is not available

Sebelum ini pada bulan Jun kami laporkan ura-ura kerjasama di antara Samsung Electronics dan Corning. Kini Corning dipercayai telahpun berkongsi sampel awal UTG keluaran mereka kepada Samsung. Selain Samsung Display (dengan kerjasama Schott), Corning juga ada membangunkan kaca boleh lipat mereka sendiri sebelum ini.

Samsung Electronics mengambil langkah membangunkan kaca UTG sendiri bagi mengurangkan kos. Ini adalah sebab mengapa terdapat ura-ura Samsung Electronics mungkin menggunakan panel dari BOE yang lebih murah berbanding panel Samsung Display. Samsung Display pula semakin agresif memasarkan panel kepada pengeluar lain seperti Oppo, OnePlus, Xiaomi dan Realme supaya tidak bergantung hanya kepada Samsung Electronics.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved