Tular Video Remaja Dipukul Kerana Tak Tunai Janji Beli KFC, Caprice ‘Bahasakan’ Kaki Buli

LocalEntertainment
10 Sep 2020 • 6:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sejak semalam tular satu video buli berdurasi 25 saat yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kelantan. Bukan hanya menarik perhatian masyarakat malah ianya turut mendapat reaksi dari golongan selebriti antaranya Caprice.

Menerusi satu video di instagramnya Carpice yang berang meluahkan rasa geramnya berhubung video tersebut yang menurutnya tidak seharusya berlaku.

“Ibu bapa penat-penat beli hang punya sependa, bayar yuran sekolah, sekolah ialah tempat hang untuk tunjuk bijak.

“Kalau hang nak tunjuk samseng, pergi gegar pusat judi, samseng ke, gangster ke baru saya tabik sama lu.”

Tidak tunaikan janji " belanja KFC" pelajar tingkatan 1 dipukul teruk oleh pelajar tingkatan 5.. Tunggu masa kena kutip je dik oii

Tidak tunaikan janji " belanja KFC" pelajar tingkatan 1 dipukul teruk oleh pelajar tingkatan 5..Tunggu masa kena kutip je dik oii

Posted by Creative Ideas on Wednesday, September 9, 2020

Menerusi posting sama, Caprice turut berharap agar si pembuli di tahan semalaman di dalam lokap

View this post on Instagram

Tolong ah @pdrmsia_official kasi budak2 macam ni satu malam dalam lokap.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Menerusi laporan Sinar Harian kejadian berpunca disebabkan mangsa berolok-olok bersama pelajar seniornya itu untuk membelanja mereka makanan KFC.

Berang dengan gurauan mangsa, ketiga-tiga pelajar senior mula menyerang dan memukul pelajar tersebut di dalam bilik asrama mereka.

Susulan dari itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis asebelum polis membawa suspek ke balai polis bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata “Pihak polis telah mengenal pasti suspek dan dibawa ke balai polis bagi menjalankan siasatan dibawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

View Original Article