Wanita Hilang 2 Tahun Lalu, Ditemui Terapung Di Lautan Columbia

30 Sep 2020 • 6:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tergempar! Seorang wanita yang dipercayai hilang sejak dua tahun yang lalu, ditemui oleh beberapa orang nelayan dikawasan itu.

Wanita tersebut, Angelica Gaitan yang berusia 46 tahun itu ditemui terapung di tengah lautan di Columbia sebelum diselamatkan oleh beberapa orang nelayan.

image is not available

Menerusi video yang tular di sosial media, Angelica yang kelihatan terbaring dalam keadaan terlentang di dalam air sementara nelayan, Rolando Visbal dan rakannya Gustavo cuba menghubungi kapal mereka. – Mstar

image is not available

Menurut laporan media tempatan berkata, Angelica yang ditemui terapung di perairan pantai di Puerto Colombia kira-kira selama lapan jam sebelum dia dibawa ke sebuah hospital pada 26 September yang lalu.

Angelica yang mengalami hipotermia dan keadaannya sangat serius sehingga menyebabkan dia hampir tidak dapat bercakap.

image is not available

Tambahnya lagi, Alejandra Castiblanco yang merupakan anak kepada Angelica itu mengatakan dia dan ibunya terputus hubungan sejak dua tahun yang lalu, selepas tidak mengetahui akan keberadaan ibunya itu.

image is not available

Pihak polis kini menyiasat punca dan apa yang berlaku sewaktu Angelica hilang.

Anaknya, Alejandra berangapan kemungkinan ibunya menghidap sakit mental atau menjadi mangsa penderaan hubungan.