Buat Comeback, Mus Keluar Single Terbaharu ‘Mencari Kaseh’ Ciptaan Dato’ M.Nasir

Music
5 Sep 2020 • 8:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Hampir setahun menyepi selepas meninggalkan kumpulan May pada 4 Julai tahun lalu, bekas penyanyinya Mus dilihat tampil bersama Oney untuk satu lagu yang berkisar mengenai Covid-19.

Terbaru, Mus atau nama Mustafa Din, tampil dengan single terbaharu beliau iaitu Mencari Kaseh.

image is not available

Yang menariknya penampilan Mus sebagai penyanyi solo kali ini membawakan lagu ciptaan Dato’ M.Nasir dimana Mus turut berperanan menulis liriknya

image is not available

Difahamkan lagu Mencari Kaseh telah menjalani penggambaran video muziknya sebaik sahaja kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan PKP pada Jun lalu.

Video muzik ini yang diarahkan oleh pengarah baru, Juril Jumali secara ringkasnya menceritakan perjalanan hidup Mus dari kecil hingga ke usianya hari ini dalam mencari kasehnya yang sejati

Luncai Emas juga turut bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes.

Kami doakan semoga single solo pertama Mus – Mencari Kaseh dapat mengubat kerinduan peminat-peminat Mus dan dapat menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga.

Untuk dengan lihat video di bawah :