WALAUPUN kini tidak lagi memegang jawatan menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap aktif meneruskan kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan yang memerlukan.
Terbaharu, beliau mengedarkan komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan di daerah Muar sambil berbasikal sebagaimana yang dikongsikan oleh beliau di laman sosial Twitter miliknya.
Kita kayuh pagi pagi edarkan bantuan barang asas & pelaksanaan inisiatif 1keluarga, 1laptop bagi keluarga pendapatan isi rumah bawah RM1500 & ada anak yang ke universiti/Politeknik/TVET.
Bekas menteri belia dan sukan itu mengedarkan komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Muar.
“Kita ride 25km keliling Muar edarkan komputer riba. ‘1Keluarga 1Laptop’.
“Mahasiswa dari keluarga yang berpendapatan isi rumah bawah RM1,500 akan saya sumbangkan komputer riba,” tulisnya di Twitter.
Sumbangan hari ini merupakan kesinambungan bantuan yang dihulurkan pada Julai kepada mahasiswa sekitar Muar mahupun pelajar yang baru diterima masuk ke universiti.