Netflix Menamatkan Sokongan Penstriman HD Pada Google Nexus 7

TechnologyDigital
15 Sep 2020 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada suatu ketika dahulu, tablet turut menerima sokongan dari Google untuk mempunyai sistem operasi Android asli. Sudah semestinya tablet ini adalah dalam barisan produk Nexus, iaitu Google Nexus 7. Ia dilancarkan pada tahun 2013 dan Google menamatkan sokongan kemaskini pada tahun 2016. Sehingga hari ini, produk ini sudah pun berusia 7 tahun.

image is not available

Baru-baru ini, Netflix telah membuang peranti ini dari senarai peranti yang menyokong penstriman HD. Ini bermakna, jika anda kemaskini aplikasi Netflix pada tablet ini tidak kira dari Play Store atau secara APK – tiada lagi sokongan penstriman HD dan akan terhad kepada resolusi rendah sahaja. Tetapi ini bukannya perkara yang mengejutkan, peranti yang sudah usang memang dijangka akan dihentikan sokongan.

Google Nexus 9 (2014), Pixel C (2015) dan Pixel Slate (2018, Chrome OS) masih disenaraikan sokongan penstriman Netflix HD melalui aplikasi bagi tablet Android dan melalui pelayar web bagi tablet Chromebook.