[VIDEO] Wanita ‘portable mic’ disifat biadap! Perlekeh usaha si penjual jeruk mangga

10 Sep 2020 • 1:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEORANG Muslim seharusnya sama-sama bergembira apabila saudara Muslimnya menerima kebaikan dan turut bersimpati apabila saudara Muslimnya ditimpa musibah.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila baru-baru ini tular di laman sosial video seorang wanita yang dilihat seolah-olah sedang memperlekehkan seorang lelaki yang berniaga di tepi jalan.

Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan lagak kurang sopan seorang wanita di dalam kereta dan menggunakan ‘portable mic’ mengulas kejadian peri laku lelaki yang dipercayai menjual mangga jeruk dari kereta ke kereta.

Warganet berpendapat perbuatan tersebutkurang baik dan sangat biadap!

Ini kerana lelaki tersebut hanya mencari rezeki yang halal di bawah panas terik mentari sedangkan wanita itu selesa duduk di dalam kereta berhawa dingin sambil gelak besar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan wanita tersebut yang juga disifatkan kurang ajar.

“In Shaa Allah janji Allah tu pasti akan terjadi pada keluarga awak atau awak.. cuba bayangkan kalau mak atau bapak awak yang di tempat penjual tu nak cari rezeki pada keluarga,” – Rosli Rosli.

“Makin kurang ajar je aku tengok, ngejek orang tengah cari rezeki kat tengah panas, moga si penjual dimurahkan rezeki aaminnn – Su Amiera

Mana hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri? Hakikatnya, orang yang suka memperlekehkan usaha kebaikan dan pencapaian orang lain adalah orang yang rendah jiwanya.

Sedar ataupun tidak, nilai-nilai kemanusian kian hilang ekoran kerakusan nafsu yang sentiasa menguasai diri manusia dek mengejar kesenangan.

Oleh itu kita perlulah menghiasi diri dengan sifat belas kasihan yang turut menjadi bukti kepada kesempurnaan hidup dan bukan sahaja menumpukan kepada kekayaan dan kekuasaan.

Perubahan corak pemikiran dan tingkah laku ini haruslah disemai dalam kehidupan masyarakat supaya ianya sebati dalam diri setiap orang.

Semoga si pelaku kesal dengan apa yang telah dilakukan.

The post [VIDEO] Wanita ‘portable mic’ disifat biadap! Perlekeh usaha si penjual jeruk mangga appeared first on Sinar Plus.