Poco Menjanjikan Kemaskini Sistem Operasi Konsisten Selama 3 Tahun

TechnologyDigital
7 Sep 2020 • 8:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco hari ini telah mengadakan acara pelancaran untuk telefon pintar terbaru mereka, Poco X3 NFC. Bersama-sama dengan pengumuman peranti berkenaan, Poco turut mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini perisian selama sehingga 3 tahun untuk peranti mereka secara konsisten.

image is not available

Menurut Poco, mereka akan menawarkan kemaskini MIUI untuk Poco selama tiga tahun, sekaligus memastikan pengguna peranti mereka boleh menggunakan peranti untuk tempoh lama tanpa risau tidak akan menerima kemaskini sekuriti dan sokongan Android terkini.

Langkah terbaru ini mengikut jejak Samsung yang turut mengumumkan sokongan sama sebelum ini. Dengan pengumuman Poco, mungkinkah kita akan melihat lebih ramai pengeluar peranti melakukan perkara sama, dan memastikan ekosistem Android lebih terjamin berbanding sebelum-sebelu ini.