Oppo Memfailkan Paten Jam Tangan Bermuka Bulat Yang Mungkin Digunakan OnePlus Watch

TechnologyDigital
17 Sep 2020 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Watch telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan muka jam berbentuk empat segi. Tetapi di masa terdekat mereka mungkin akan melancarkan pula jam tangan pintar dengan muka jam bulat. Rekaan yang akan digunakan ini telahpun difailkan oleh mereka dalam sebuah paten yang ditemui LetsGoDigital.

image is not available

Jam tangan bermuka bulat ini hadir dengan skrin yang dibulatkan pada bahagian sisi seperti Galaxy Watch2. Terdapat sebuah tombol berputar seperti Apple Watch dan sebuah lagi butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Berdasarkan alur pada tubuh, sistem tali jam Oppo Watch akan digunakan semula bagi memudahkan aksesori yang sama digunakan semula.

Memandangkan Oppo dan OnePlus adalah anak syarikat BBK Electronics, paten ini pada hemat kami memberikan gambaran awal rekabentuk OnePlus Watch yang telah diacah kewujudannya. Kedua-dua syarikat pernah beberapa kali berkongsi rekaan walaupun rekaan dipatenkan secara berasingan