Facebook Bekerjasama Dengan Pengeluar RayBan Untuk Kaca Mata Pintar – Dijangka Ditawarkan Seawal 2021

TechnologyDigital
17 Sep 2020 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini mengumumkan kerjasama dengan Luxottica, pengeluar kaca mata berjenama Ray-Ban. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan hadir dengan sebuah kaca mata pintar untuk ditawarkan seawal 2021 kelak.

Kedua-dua pihak bekerjasama untuk sejumlah kaca mata pintar, yang akan diperkenalkan tahun demi tahun. Buat masa ini, mereka masih belum berkongsi berkenaan penawaran kaca mata pintar mereka, dan apakah yang bakal ditawarkan.

Selari dengannya, Project Aria turut diumumkan – iaitu kaca mata pintar yang akan digunakan pekerja Facebook bermula September ini. Kaca mata pintar ini akan merakamkan video, audio, data lokasi, serta melakukan penjejakan mata. Data daripadanya bakal digunakan dalam pembangunan kaca mata pintar realiti-terimbuh dari Facebook kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved