SEJAK semalam, nama anak Nora Ariffin iaitu Putri Nur Dahlia, 16, hangat diperkatakan selepas tersebarnya sepotong video seorang remaja perempuan dan lelaki bercumbuan.
Tidak berdiam diri, penyanyi berusia 47 tahun itu tampil mengakui pelaku dalam video berkenaan adalah anaknya.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… Saya akui itu dia (Putri Nur Dahlia).
“Sebagai ibu, saya sudah buat yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Tapi sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan. Dia masih muda dan masih banyak yang perlu diperlajari dalam hidupnya.
“Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan,” tulis penyanyi Hanya Satu itu menerusi akaun Instagramnya.
Tambah Nora, dia berharap anaknya itu belajar daripada kesilapan dan menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.
Malah Nora juga berharap dapat diberikan ruang dan ketenangan buat masa ini.
“Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” akhirinya.
Sementara itu, Putri Nur Dahlia menerusi akaun Twitternya menjelaskan dia telah dipaksa semasa melakukan aksi itu.
saya dipaksa dalam video tu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak, selepas bende tu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa, saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break
— putridahlia (@itzputridahlia) September 2, 2020
demi allah because i felt weird and malu and i didnt know what to do but demi allah after the video i acted up and got mad at him because sebelum video tu pun i said dont do it
— putridahlia (@itzputridahlia) September 2, 2020
The post ‘Dengan penuh rasa terkilan…’ – Nora ulas isu anak appeared first on Sinar Plus.

