Garmin Forerunner 745 Kini DI Malaysia Pada Harga RM2499

TechnologyDigital
25 Sep 2020 • 11:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seminggu lalu Garmin Forerunner 745 telah dilancarkan dan minggu ini ia telahpun ditawarkan ke pasaran Malaysia pada harga RM2499 seutas dalam warna hitam, neo tropic, magma red or whitestone.

Seperti majoriti jam tangan pintar yang menyasarkan golongan fanatik kesihatan. Forerunner 745 hadir dengan sensor pengimbas kepekatan oksigen dalam darah (SpO2).

image is not available

Jam mempunyai skrin berbentuk bulat sebesar 1.2″ dengan kaca Gorilla Glass DX. Storan pula membolehkan sehingga 500 lagu disimpan terus pada pergelangan tangan pemakai Forerunner 745. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga seminggu .

Lagu dari Spotify dan Deezer boleh diselarikan dengan tambatan terus kepada sepasang fon telinga bluetooth. Sistem pembayaran Garmin Pay juga turut disokong.Sebagai jenama jam tangan pilihan peminat aktiviti larian, Foreruner 745 dilengkapi pelbagai sensor seperti pengimbas nadi, accelerometer, barometer, termometer, SpO2, dan GPS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved