Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di dalam negara pada Mac lalu benar-benar memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutamanya dari segi ekonomi .
Banyak syarikat dan perniagaan yang terpaksa gulung tikar, dan boleh dikategorikan nyawa-nyawa ikan sehingga terpaksa membuang ramai pekerja.
Mengimbau kembali kepayahan mengharungi detik sukar tersebut, seorang lelaki bernama Rahmat hari ini telah berkongsi kisah pahitnya sewaktu pelaksanaan PKP menerusi satu panggilan telefon ke Suria FM yang disiarkan secara live sehingga menjadi tular di laman Twitter
Tadi dgr suria Fm. ada caller cerita dia kene buang kerja tapi tak sampai hati nak bgtau wife dia. So dia buat2 pergi kerja pkai baju kerja tapi sebenarnya dia bawak baju spare. Sambil dia buat kerja2 part time, sambil dia cari kerja. 3 bulan jugak dia buat mcm tu.
Tak sampai hati untuk beritahu isteri
Jelas Rahmat, dia telah diberhentikan kerja tanpa sebarang notis susulan PKP namun memilih untuk tidak memberitahu isterinya kerana rasa serba salah dan tidak sampai hati.
Lebih memilukan apabila dia terpaksa berlakon seolah masih bekerja dan melakukan rutin biasa dengan keluar keluar seawal pagi selama tiga bulan.
Berlakon pergi kerja sambil cari pekerjaan baru.
“Setiap kali saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. saya naik motor tapi tak beritahu saya dibuang kerja.
“Sebab rasa serba salah nak bagitahu sebab rasa tak sampai hati nak bagitahu dibuang kerja. Semua orang tengah struggle cari kerja sekarang,
“Saya buatlah dan cari kerja harian, tak kisahlah buat kerja apa pun. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin saya dalam motor,” kongsinya kepada penyampai Suria pagi.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul 💪🏻
Berjaya dapat pekerjaan selepas 3 bulan
3 bulan mengharungi detik sukar tersebut, dia kemudiannya berjaya dipanggil untuk satu sesi temuduga sebelum akhirnya dipilih bagi posisi tersebut dan sudah mula bekerja pada 14 September lalu.
Dia kemudian memaklumkan kepada isterinya yang dia sudah mendapat kerja baru namun tidak bercerita mengenai kisahnya yang diberhentikan kerja.
“Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Pergi interview saya beritahu (isteri) saya dapat interview, dibuang kerja saya tak beritahu.
Percaya diri sendiri, Allah tolong kita
Dia dalam masa sama turut berkongsi nasihat kepada orang ramai yang berdepan masalah sama agar tidak mudah mengalah, percaya kepada diri sendiri serta yakin yang urusan mereka akan dipermudahkan Maha Esa.
“Saya cuma nak nasihatkan kepada sesiapa a yang dibuang kerja atau on the way (dalam perjalanan) cari kerja, percaya dengan diri sendiri, kita usaha Allah tolong kita,” pesannya sebelum mengkakhiri perbualan
Perkongsian Rahmat benar-benar mencetuskan rasa hiba di kalangan netizen. Malah ramai yang turut memuji ketabahannya.
Dalam masa sama terdapat segelintir kaum wanita terutamanya golongan isteri berharap agar mereka tersebut tidak dirahsiakan kepada mereka sekiranya perkara sama terjadi kepada suami mereka .
selalu lelaki akan berahsia bila bab berkaitan kewangan. Kenapa? sebab dia sendiri dah pening kepala, jdi dia taknak bebankan org lain dengan masalah dia. So kepada lelaki diluar sana, semoga kita semua terus tabah menghadapi segala dugaan. In sha allah kita dipermudahkan 😎😎
My friend’s father did the same. For 2 years 😭😭. Guys don’t do this, we want to share, we are in this together. Because in the future, when things are much better, we can look back in how we survived the hard time, TOGETHER.

