U Mobile Kini Membolehkan Pelanggan Menguji Rangkaian 5G Secara Terbuka Di Berjaya Times Square, KL

TechnologyDigital
7 Sep 2020 • 7:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile kini telah memulakan ujian terbuka untuk rangkaian 5G di Berjaya Times Square – sekaligus membolehkan para pelanggan mereka berkunjung dan mengalami pengalaman 5G sendiri.

U Mobile mengatakan mereka telah mengaktifkan sokongan 5G pada kad SIM pengguna, sekaligus membolehkan pelanggan U Mobile yang berkunjung ke Berjaya Times Square untuk mengujinya bermula hari ini sehingga 31 Disember 2020 kelak.

image is not available

U Mobile bekerjasama dengan pihak ZTE untuk tujuan ujian terbuka ini, dan menggunakan blok 100Mhz pada spektrum 35Ghz (C-band) untuk penawaran 5G NSA.

Buat masa ini, hanya beberapa peranti sahaja disokong, termasuk telefon Huawei seperti Huawei P40, Mate 30 Pro dan Nova 7 SE. U Mobile mengatakan lebih banyak peranti 5G akan disokong pada masa akan datang.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian U Mobile dan berada berdekatan di Berjaya Times Square, mungkin boleh mencuba sendiri rangkaian 5G sebelum ia ditawarkan secara komersil kepada semua dalam setahun dua lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved