Gelagat Aafiyah Cium Perut Siti, Jawab Spekulasi Siti Hamil Anak Kedua

26 Sep 2020 • 3:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Gelagat Siti Aaafiyah yang mencium perut ibunya beberapa kali semasa ibunya, Datuk Siti Nurhaliza sedang bersiaran langsung menerusi akaun Instagramnya pada malam Khamis lalu seolah telah menjawab spekulasi penyanyi itu kini hamil anak kedua.

Menerusi video pada minit 47 itu, Aafiyah, 2, terlihat begitu teruja muncul di Instagram live ibunya sebelum dia mengatakan kepada ibunya “Aafiyah nak cium baby” dan setelah daripada itu, dia dilihat mencium perut Siti beberapa kali.

View this post on Instagram

DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Gelagatnya tersebut mendapat perhatian ramai orang dan juga peminat yang turut mengucapkan tahniah dan juga berterima kasih kepada Aafiyah yang memecahkan rahsia itu.

image is not available

image is not available

Tambah pula, Siti memaklumkan yang dia sudah bersedia untuk hamil buat kali kedua lantaran usianya yang sudah mencecah 41 tahun. Dia juga sudah mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

image is not available

Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, 61, itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah, 2.

image is not available

Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan kandungannya dalam keadaan sihat. Kami mendoakan yang baik-baik buat keluarga Datuk Siti Nurhaliza ini dan juga kandungannya.