Akui Jiwa Semakin Tenang, Hanna Delisha Kini Bertudung

9 Sep 2020 • 10:04 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Namanya menjadi sebutan sejak beberapa hari lalu gara-gara memuat naik foto berhihab dengan kapsyen Bismillah di Instagram, aktres cantik Hanna Delishah akhirnya mengakui yang dia kini sudah berhijab.

Berita gembira tersebut dikongsikan Hanna kepada portal BH! sekaligus menjawab tanda tanya peminatnya dan orang ramai.

Perkongsian Hanna atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch pada dua hari lalu benar-benar mendapat perhatian ramai malah ramai yang turut memberikan reaksi positif selain memuji kecantikannya dengan mengenakan hijab.

Malah perkongsian tersebut berterusan menerima tanda suka yang ketika ini sudah mencecah 250,000 tanda suka.

View this post on Instagram

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Jelas Hanna dia sudah menyimpan niat itu sekian lama dan akhirnya kini menjadi kenyataan.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam” katanya kepada BH semalam.

Jiwa lebih tenang

Jelasnya kini antara perbezaan yang dirasainya adalah jiwanya yag semakin tenang.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Dia juga menjelaskan tujuannya bertudung untuk menjadi muslimah yang baik sekaligus menepikan dakwaan liar yang mengatakakan dia bakal mendirikan rumah tangga.

“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya lagi

Menerusi satu lagi perkongsian, Hanna berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya . Dia turut mendoakan kebahagian semua orang dan terus kuat berpegang kepada iman,

View this post on Instagram

Thank you all for your kind dua’a. My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Tahniah Hanna Delisha, kami doakan Hanna terus istiqamah .