Pra-Tempah Oppo Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather Pada Harga RM5,399 – Hadir Bersama Oppo Watch

TechnologyDigital
25 Sep 2020 • 11:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seiring pelancaran Oppo Watch, Oppo turut menampilkan pengenalan warna baru untuk model Oppo Find X2 Pro 5G . Dikenali sebagai Oppo Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather, edisi terhad kali ini dihiasi dengan kemasan menarik bersama rona warna hijau yang sesuai digunapakai tidak kira apa gaya sekalipun.

image is not available

Difahamkan, kemasan hijau yang digunakan ini melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Kemasannya juga diperbuat diperbuat daripada bahan polyurethane yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga tahan lasak. Namun, spesifikasi dalaman masih lagi sama seperti Oppo Find X2 Pro yang sedia ada.

image is not available

Bagi yang berminat, Oppo Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather ditawarkan pada harga RM6,097. Pra-tempahan dibuka bermula hari ini – 2 Oktober. Sekiranya, anda membuat tempahan awal sepanjang tempoh ini, anda boleh memiliki set edisi terhad ini dengan harga hanya RM5,399.

image is not available

Setiap pakej pembelian akan didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif edisi terhad bewarna hijau bersama seunit Oppo Watch 46mm dan tambahan tali jam bernilai RM159 bagi melengkapkan lagi koleksi.

Untuk spesifikasi, Oppo Find X2 Pro hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED QHD+, dilengkapi kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 12GB RAM dan storan 512GB (UFS 3.0). Ia turut dilengkapi tiga lensa utama dengan konfigurasi 48-Megapixel (f/1.7) + 48-Megapixel (f/2.2) + 13-Megapixel (f/3.0), kamera swafoto 32-Megapixel (f/2.4) dan bateri 4,260mAh bersama pengecasan pantas 65W.