PESERTA Big Stage 2020, Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan jalanraya Sabtu lalu, dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Berikutan kejadian tersebut, pihak produksi Big Stage 2020 memberikan pengecualian kepada Sandra untuk tidak beraksi pada konsert minggu keempat yang berlangsung malam tadi.
Menurut Pengurus Astro, Emarina Mohd Kamal, pihak produksi masih lagi menantikan perkembangan terkini daripada pihak hospital berhubung keadaan semasa Sandra.
“Kami amat simpati dengan apa yang terjadi pada Sandra. Ketika ini, pihak hospital memaklumkan dia masih dalam rawatan ICU, ktitikal dan belum sedarkan diri.
“Tentang penyertaannya dalam Big Stage, buat masa ini kita berikan pengecualian kepadanya mulai minggu ini sehingga satu tempoh yang akan diumumkan nanti.
“Semuanya bergantung kepada perbincangan yang dilakukan dengan pihak hospital,” ujarnya.
Tambahnya lagi fokus paling utama sekarang adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh.
“Harap semua dapat doakan Sandra sebab dia kini dalam keadaan kritikal. Sekurang-kurangnya dia kembali sedar dan pihak hospital dapat bantu dia untuk pulih seperti sedia kala,” ujar Emarina dalam sidang media yang berlangsung selepas konsert berkahir malam tadi.
Terdahulu Sandra terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke raptai penuh penuh konsert Big Stage 2020 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.
(FOTO: Instagram Sandra Dianne)
The post Kedudukan Sandra dalam Big Stage belum diputuskan appeared first on Sinar Plus.



