Aplikasi Khusus OnePlus Buds Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Android

TechnologyDigital
21 Sep 2020 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Buds mula dipasarkan di Malaysia serentak dengan jualan OnePlus Nord sebulan yang lalu. Pada waktu ini Buds hanya sesuai digunakan pada peranti OnePlus kerana pelbagai tetapan khusus yang disokong oleh pelancaran OxygenOS. Bagi pengguna Android lain, mereka perlu berpuas hati dengan tetapan yang tidak boleh diubah.

OnePlus menyedari isu ini dan telah mengesahkan aplikasi OnePlus Buds sedang dibangunkan. Menerusi aplikasi ini pengguna peranti Android lain akhirnya boleh mengubah tetapan dwi tap, dan menekan butang kawalan sisi pada sisi Buds.

Aplikasi ini sepatutnya ditawarkan lebih awal memandangkan pengeluar lain seperti Sony, Samsung dan Realme telah melakukannya bagi memudahkan peralatan audio keluaran mereka digunakan oleh lebih banyak peranti.