Facebook Memperkenalkan “Accounts Center” – Memudahkan Pengurusan Akaun Facebook, Instagram Dan Messenger

TechnologyDigital
30 Sep 2020 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook sedia dalam usaha menyatukan perkhidmatan permesejan mereka, dan selain daripadanya, kini Facebook turut mengumumkan usaha untuk menyatukan bahagian pengurusan akaun pengguna.

Terbaru, Facebook memperkenalkan Accounts Center yang memudahkan anda menguruskan tetapan untuk Facebook, Instagram dan juga Meseenger.

image is not available

Melalui ciri ini, pengguna boleh menguruskan sejumlah perkara, termasuk untuk akaun berhubung, Facebook Pay, selarikan gambar profil, dan sebagainya. Langkah ini memudahkan lagi pengguna untuk menguruskan dan membuat perubahan pada akaun mereka.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Facebook hari ini, dan dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi. Pengguna juga boleh membuat tetapan supaya tidak menyelarikan akaun dan sebagainya melalui halaman ini.