Pengguna iPhone Kini Boleh Menetapkan GMail Sebagai Aplikasi Emel Utama

TechnologyDigital
22 Sep 2020 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple melalui iOS sebelum ini sering mengehadkan aplikasi utama yang dijalankan pada peranti, dan sebelum ini ia terhad kepada aplikasi keluaran Apple sahaja. Apa pun, melalui iOS14, perkara berkenaan mula berubah.

Kini, Apple membenarkan aplikasi pihak ketiga yang lain turut ditetapkan sebagai aplikasi utama. Selari dengannya, sejumlah pembangun telah mula menyertakan sokongan untuk menjadikan aplikasi keluaran mereka sebagai aplikasi utama.

Selepas Google menawarkan sokongan untuk membolehkan aplikasi Chrome dijadikan aplikasi pelayar web utama, kini perkara sama turut ditawarkan untuk aplikasi GMail untuk iOS.

Pengguna boleh mengemaskini aplikasi GMail di iOS, dan seterusnya memilih Settings > GMail, dan memmilihnya sebagai Default Mail App.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, adakah anda telah mengubah aplikasi utama anda untuk urusan harian?

Muat-Turun : GMail untuk iOS