Facebook Menambah NewsFeed Khusus Untuk Perkongsian Terkini, Dan Daripada Rakan Serta Pages Yang Digemari

TechnologyDigital
19 Oct 2020 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook sebelum ini sedia bereksperimen dengan ciri untuk memudahkan pengguna melihat perkongsian daripada sesuatu Pages terlebih dahulu pada garis masa. Dalam lebih memudahkan pengguna, dan mengikuti perkongsian daripada rakan karib atau Pages yang digemari, laman sosial berkenaan kini menambah sebuah halaman khusus dinamakan Favourites.

image is not available

Melalui ciri ini, anda boleh memilih Pages dan rakan-rakan yang anda ingin tambah, dan seterusnya ikuti mereka dengan lebih mudah dan pantas. Langkah ini akan mengelak anda daripada terlepas sebarang kemaskini daripada orang terdekat anda – dan pada masa yang sama menggunakan NewsFeed utama untuk mengikuti kemaskini daripada semua rakan-rakan lain.

Disamping itu, halaman Recent juga turut disertakan, untuk memudahkan anda melihat perkongsian terkini dan bukannya mengikut algoritma.

Kami baru sahaja melihat kemaskini ini pada beberapa akaun – bermakna Facebook mungkin masih pada peringkat ujian atau sedang memperkenalkannya secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved