Lapan Negara Menandatangani Perjanjian Artemis Untuk Kerjasama Di Angkasa Lepas

TechnologyDigital
15 Oct 2020 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Mei lalu Perjanjian Artemis (Artemis Accord) diumumkan oleh NASA bagi memupuk kerjasama di antara pelbagai negara di angkasa lepas. Minggu ini lapan negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Emiriah Arab Bersatu, Itali, Jepun, Kanada, Luxembourg dan United Kingdom telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersejarah ini.

Perjanjian Artemis adalah berasaskan Perjanjian Angkasa Lepas 1967. Negara dan syarikat yang menandatangani Perjanjian Artemis akan berjanji untuk melakukan pengembaraan angkasa lepas untuk tujuan keamanan sahaja. Bantuan kecemasan akan diberikan kepada angkasawan apabila diperlukan. Turut disertakan ialah etika ketika melombong sumber di permukaan bulan dan Marikh.

Perjanjian turut menetapkan garis panduan untuk mengurangkan sampah angkasa lepas serta pelupusannya. Akhir sekali perjanjian ini akan memastikan kesemua artifak angkasa lepas yang ada di permukaan bulan tidak akan diganggu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved