Resipi oden ala Family Mart, senang je rupanya!

Cooking
27 Oct 2020 • 6:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ODEN ini sedap dimakan ketika musim sejuk. Makanan dari Jepun ini terdiri daripada telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak dalam sup tom yam.

Hidangan oden ini kian popular apabila Family Mart dibuka di negara kita sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang untuk menikmatinya.

Hidangan tular ini wajib dicuba makan beramai-ramai! Bukan sahaja mudah, tetapi juga mengenyangkan.

Bahan-bahan:

  • Bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, crab sticks, fishcake) – boleh cari di pasar raya besar bahagian sejuk beku
  • 2 paket perencah Asam Pedas Adabi
  • 1 paket perencah tomyam Adabi
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Air
  • Daun bawang (pilihan)

Boleh juga mencuba Eksperimen Shell Out menjadi, kuah padu curi tumpuan kaki makan  

Cara memasak:

1. Tumis perencah asam pedas.

2. Masukkan air mengikut banyak mana yang diingini kemudian masukkan perencah tom yam dan kiub, biarkan sekejap. Selepas itu masukkan oden.

* Boleh juga dinikmati bersama nasi panas, mi hun, dan mi.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

The post Resipi oden ala Family Mart, senang je rupanya! appeared first on Sinar Plus.