Quibi Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 Disember Ini

TechnologyDigital
30 Oct 2020 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Quibi telah dilancarkan pada April tahun ini dengan sasaran mendapatkan 7 juta pelanggan menjelang penghujung 2020. Namun begitu pada waktu ini mereka dipercayai hanya mempunyai 500,000 pelanggan berbayar yang amat jauh dari jangkaan. Minggu lepas, mereka mengumumkan perkhidmatan penstriman video ini akan ditamatkan. Hanya enam bulan selepas dilancarkan dan selang satu hari selepas aplikasi Android TV, Apple TV dan Fire TV diumumkan.

image is not available

Terkini, pihak Quibi telah mengesahkan yang perkhidmatan mereka akan tamat sepenuhnya pada 1 Disember 2020. Ini bermakna pada tarikh ini aplikasi ini tidak lagi boleh digunakan, akaun pengguna semua akan mati dan tamatlah riwayat Quibi secara rasmi.