KIta masih lagi menggunakan 4G dengan rangkaian 5G dijangka mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021. Walaupun rangkaian 4G kini dilihat sudah satu generasi ke belakang, ia masih cukup baik untuk digunakan di bulan. NASA telah menganugerahkan Nokia Amerika untuk membangunkan rangkaian 4G di bulan.

Kontrak bernilai $14.1 juta (~RM58 juta) dianugerahkan kepada Nokia Amerika dan Bell Labs. Rangkaian 4G digunakan kerana ia menawarkan rangkuman rangkaian yang lebih besar dan diandalkan berbanding 5G. Dengan jumlah infrastruktur yang pastinya lebih terhad, 4G dipilih terlebih dahulu dengan perancangan menaiktaraf ke 5G kelak.
Projek ini adalah sebahagian daripada pelan masa depan NASA untuk membina sebuah markah angkasa lepas kekal di permukaan bulan menjelang 2028 di bawah Misi Artemis. Fasa pertama Artemis akan bermula tahun hadapan dengan pendaratan manusia pada tahun 2024.
