Oppo A93 Berharga RM1,299 Di Malaysia – Pra Tempah Awal Dapat Hadiah Bernilai RM199

TechnologyDigital
6 Oct 2020 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Malaysia akhirnya memperkenalkan peranti pintar terbaru keluarannya di bawah siri A menerusi pengenalan Oppo A93. Peranti terbaru ini merupakan kesinambungan daripada Oppo A92 sebelum ini dengan sejumlah ciri yang menarik. Antaranya seperti kamera hadapan berkembar, kemasan panel lebih menarik dan banyak lagi.

image is not available

Bagi yang berminat Oppo A93 ditawarkan pada harga RM1,299 untuk seunit dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Metallic White dan Matte Black. Pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini – 9 Oktober 2020 dan setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah menarik percuma bernilai RM199 – terdiri dengan payung eksklusif daripada Oppo dan juga set pembesar suara bluetooth.

image is not available

image is not available

Untuk spesifikasi, Oppo A93 membawakan paparan bersaiz 6.43-inci Super AMOLED FHD+ dengan skrin kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Empat kamera utamanya terdiri dengan konfigurasi 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (mono) + 2-Megapixel (mono). Kamera hadapannya pula dilengkapi dua lensa iaitu 16-Megapixel (utama) + 2 -Megapixel (kedalaman) yang ditempatkan pada paparan hadapan jenis berlubang.