Legion Phone Duel Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga Bermula RM3399 – Tawar Variasi Memori Sehingga 16GB RAM

TechnologyDigital
20 Oct 2020 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah menunggu sekian lama, Lenovo Malaysia akhirnya telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk peranti pintar gaming terbaru mereka, iaitu Lenovo Legion Duel.

Lenovo Legion Phone Duel hadir dengan skrin 6.65-inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, dilengkapi cip Snapdragon 865+, dan bateri 5000mAh. Melengapkan ia juga adalah sokongan pengecasan pantas 90W untuk variasi 512GB.

image is not available

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera belakang 64-megapixel + 16-egapixel. Seperti biasa, ia turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri yang dioptimasikan untuk permua bersama dengannya.

Di Malaysia, Lenovo Legion Phone Duel ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan memori 12GB RAM dan 256GB storan pada harga RM3399, sementara model 512GB storn dengan 16GB RAM pada harga RM3999.