Bapa mertua Noryn Aziz meninggal dunia

16 Oct 2020 • 11:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI, Noryn Aziz berkongsi khabar duka mengenai pemergian bapa mentuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail, hari ini.

Menurut Noryn, biarpun baru mengenali bapa mentuanya itu, namun dia bersyukur kerana sempat mesra dan saling sayang-menyayangi.

“Al-Fatihah buat Abah… mertua tersayang. Pada Jumaat yang barakah ini abah meninggalkan kami. Hari yang mulia dan segalanya dipermudahkan ALLAH SWT.

“Walaupun Noryn baru kenal abah, alhamdulillah kami sempat mesra dan saling sayang-menyayangi.

“Most beautiful things he ever said was ‘Thank you for your Love’ and ‘when is the big day?’. Masya Allah.

“I only hear good things about you Abah. Beautiful soul, Warmth, loving and stylish…” tulisnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

image is not available
Baharu sahaja bersatu sebagai sebuah keluarga malam Selasa lalu, Noryn reda dengan pemergian bapa mentuanya.

Tambah Noryn, dia berharap agar semua dapat mengirimkan doa buat Allahyarham.

“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati Abah dan sentiasa pelihara arwah abah dengan sebaiknya juga diletakkan di kalangan orang yang beriman.

“Tolong doakan yang baik-baik buat arwah,” ujarnya.

Noryn dan suami, Shaik Rizal Shaik Sulaiman baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober lalu.

Sebelum ini, juara Gegar Vaganza musim kelima itu pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2019.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.

The post Bapa mertua Noryn Aziz meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.