Jika anda perasan, Whatsapp sebelum ini mempunyai fungsi ‘mute’ yang membolehkan anda mengabaikan sebarang notifikasi yang masuk oleh mana-mana individu atau grup yang anda mahukan.
Cara ini menjadi pilihan orang ramai kerana ia dilihat lebih ‘sopan’ berbanding keluar dari sesuatu grup atau menyekat mana-mana individu .
Malah ianya juga digunakan oleh sesetengah orang untuk ‘berehat sebentar’ dari mana-mana perbualan yang mereka mahukan.
Namun kelemahannya ianya hanya boleh ‘membisukan’ notifikasi berkenaan selama setahun sahaja.
Namun kini tidak lagi, anda kini boleh mendiamkan mana-mana pengguna atau grup yang anda mahukan untuk selama-lamanya menerusi feature terbaru yang ditawarkan Whatsapp
Perkara ini diumumkan Whatsapp menerusi laman media sosial milik mereka pagi tadi.
You can now mute a chat forever 🤫 pic.twitter.com/DlH7jAt6P8
Cara untuk melakukannya sama seperti sebelum ini cuma yang membezakan adalah pilihannya, jika sebelum ini datang dengan tiga pilihan iaitu 8 Jam , 1 minggu dan 1 tahun kini ia bertukar kepada 8 Jam, 1 Minggu dan Always (sentiasa)
Namun setakat artikel ini ditulis percubaan kami masih tidak berjaya kerana pilihan yang diberikan masih kekal pada 3 yang lama.

p/s : Kami akan mengemaskini artikel ini jika ada sebarang perubahan atau percubaan ciri ini berjaya.

