Apple One Akan Dilancarkan Esok

TechnologyDigital
30 Oct 2020 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berkas Apple One yang menawarkan pelbagai perkhidmatan Apple pada harga yang lebih rendah akan dilancarkan esok. Ini diumumkan oleh ketua pegawai kewangan Apple Luca Maestri ketika panggilan pendapatan setiap suku syarikat pagi ini.

Di Malaysia Apple One untuk pengguna tunggal ditawarkan pada harga RM19.90 yang memberikan Apple Music, TV+, Arcade, dan iCloud 50GB. Seterusnya pelan keluarga pula ditawarkan pada harga RM33.90 yang menawarkan kesemua di atas dengan storan iCloud 200GB. Di Malaysia pelan Premier tidak akan ditawarkan. Menerusi Premier, storan iCloud 2TB, News+ dan Fitness+ turut ditawarkan sekali.