Microsoft Memasang Aplikasi Web Office Pada Pengguna Windows 10 Tanpa Kebenaran

TechnologyDigital
20 Oct 2020 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi sedia terkenal dengan peranti pada harga mampu milik. Jualan harga murah ini dibolehkan, kerana Xiaomi menjana untung tambahan dari iklan-iklan yang dipaparkan dalam peranti. Terkini, Microsoft pula melakukan perkara yang lebih kurang sama. Tetapi “iklan” yang Microsoft lakukan ini adalah untuk produk-produk mereka sendiri, iaitu Office.

image is not available

Microsoft dilihat mengedarkan satu kemaskini khusus untuk mempromosikan aplikasi Office mereka. Peranti pengguna kemudiannya reboot sendiri secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Sebaik sahaja peranti diboot semula – aplikasi-aplikasi web Office mula kelihatan. Ini adalah perkara yang menjengkelkan, lagi-lagi apabila peranti Windows sedang digunakan untuk melakukan kerja dan kemaskini ini diedarkan memaksa peranti reboot hanya untuk memasang aplikasi yang tidak diingini.