iPhone 12 Mempunyai Sokongan Pengecasan Nirwayar Berbalik, Tetapi Disembunyikan

TechnologyDigital
28 Oct 2020 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Mac tahun lepas, Apple dikatakan akan menyediakan sokongan pengecasan nirwayar berbalik pada iPhone 11. Tetapi selepas siri iPhone 11 dilancarkan, fungsi ini tidak kelihatan. Beberapa laporan menyatakan yang peranti-peranti ini sudah ada perkakasan tersedia, tetapi tidak lengkap dan menyebabkan Apple membatalkan sokongan ini.

image is not available

Terkini, iPhone 12 dikatakan mempunyai sokongan ini terbina tetapi telah disembunyikan. Besar kemungkinan ia dimatikan secara perisian, kerana dalam dokumen FCC yang difailkan – iPhone 12 bukan sahaha menyokong pengecasan nirwayar Qi tetapi turut boleh mengecas aksesori pada kadar 360 kHz. Disebabkan semasa pelancaran Apple tidak menyebut mengenai fungsi ini, ia menimbulkan persoalan adakah ia akan terkubur atau Apple akan mengumumkan sesuatu?

Antara teori yang muncul berkenaan dengan sokongan ini adalah, pengecasan nirwayar berbalik ini adalah melalui MagSafe. iPhone 12 dicas menggunakan MagSafe dan aksesori boleh dicas atas MagSafe. Aksesori ini mungkin adalah AirPods baharu kelak. Atau boleh jadi adalah AirTags yang tidak memerlukan bateri besar sebaliknya sentiasa dilekatkan pada belakang iPhone 12 untuk sumber kuasa dan pengguna boleh terus menjejak peranti.

View Original Article