Huawei Docs Turut Diperkenalkan – Aplikasi Produktiviti Alternatif Microsoft Office Dan Google Docs

TechnologyDigital
23 Oct 2020 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei bersama-sama pengenalan Huawei Mate 40 telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna peranti mereka, termasuk antaranya adalah aplikasi pemetaan dan aplikasi carian. Disamping itu, tidak ketinggalan adalah pengenalan aplikasi produktivit dinamakan Huawei Docs.

image is not available

Huawei Docs ditawarkan di lebih 100 buah negara, menyokong kemudahan untuk melihat sesuatu dokumen, dan juga menyuntingnya. Huawei Docs dikatakan menyokong lebih 50 format dokumen, termasuk PDF, PPT, dan juga DOC.

Melengkapkannya juga adalah sokongan sync masa-nyata berasaskan awan. Huawei Docs turut mengintegrasikan sokongan akaun Huawei ID untuk memudahkan anda menggunakan dan mengakses dokumen sama pada pelbagai peranti berbeza.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan turut menawarkan Huawei Docs ini untuk pengguna peranti lain atau tidak.